SSTMI- Pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu program yang bertajuk "Generasi Intelektual" pada 7 Ogos 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Olimpik. Program disasarkan khusus kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM.

 Program dijalankan bagi memberi motivasi kepada para atlet yang bakal menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM dan PT3. Penceramah jemputan adalah Dr. Nor Huda binti Ramlan daripada Universiti Malaysia Pahang yang merupakan pensyarah kanan Bidang Kejuruteraan Elektrik. Program turut dihadiri oleh pemangku pengetua SSTMI, En Jasri bin Md Isa yang merasmikan majlis penutup