PIAGAM PELANGGAN

 

Kami warga Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami:

  1. menyediakan budaya ilmu dalam bidang kejurulatihan dan keilmuan pendidikan untuk mempertingkatkan potensi sukan dan akademik pada tahap yang terbaik.
  2. melatih, mendidik, dan mengurus kerja dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab, cekap, kreatif, dan bijaksana.
  3. menerapkan nilai murni dan mengamalkan budaya penyayang.
  4. menyediakan kemudahan-kemudahan latihan dan pengajaran sukan dan akademik yang berkesan.
  5. mewujudkan suasana sekolah yang ceria, selesa, dan selamat.
  6. memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif terhadap kehendak murid, masyarakat, dan negara.