JEPUN- Perlawanan akhir menyaksikan pertembungan dua kuasa besar bola jaring asian iaitu Malaysia dan Singapura. Pertarungan yang dianggap sengit itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia, 57-48.

Malaysia turut memanggil 3 atlet dan seorang jurulatih SSTMI untuk memperkuat jentera pasukan. Jurulatih terlibat ialah Pn Almastara yang merupakan jurulatih tetap pasukan bola jaring SSTMI. Untuk rekod, Malaysia merupakan pasukan pilihan sejak dari awal kejohanan lagi menerusi gelaran juara yang disandang pada beberapa edisi sebelum ini.