JEPUN- keputusan Kem bola jaring Malaysia memanggil 3 tonggak utama SSTMI untuk memperkuat barisan negara dalam kejohanan Remaja Asian 2019 di Kashima, Jepun ternyata membuahkan hasil apabila mudah menjadi juara kumpulan B.

Skuad Malaysia dijadualkan bertemu Sri Lanka pada perlawanan suku akhir jam 5 petang esok. Sebelum ini, Malaysia mudah menundukkan tuan rumah , Jepun dengan jaringan 102-16, juga menewaskan chinese taipei 90-11, menewaskan Brunei 84-25 dan mengalahkan HongKong 62-35.

Atlet SSTMI yang terlibat adalah Saudari Khairunnisa , Siti Maisarah dan Dhiya Alfina. Turut menjadi kebanggan SSTMI apabila adik Dhiya Alfina merupakan atlet termuda yang baru berumur 17 tahun. Adalah menjadi harapan SSTMI, untuk membawa pulang trofi kejohanan bagi skuad bola jaring negara.