SSTMI - Sebentar tadi berlangsungnya perlawanan Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2019 yang bertempat di padang hoki SSTMI. Perlawanan menyaksikan pertembungan skuad senior dan junior menepati ramalan peminat sukan hoki apabila SSSTMI Thunderbolts membelasah SSTMI Junior dengan jaringan 11-1.

Kemenangan ini membolehkan SSTMI Thunderbolts selesa di kedudukan teratas liga dengan 18 mata manakala SSTMI Junior di tangga ke 11 dengan 4 mata. SSTMI juga berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang liga berlangsung dengan diikuti rapat pasukan AHP MSP Thunderbolt ditangga kedua.