BANGKOK - Muhammad Zulfiqar Ismail merangkul gelaran raja pecut Kejohanan Olahraga Terbuka Thailand selepas menjuarai final 100 meter (m) di Stadium Nasional Supachalasai sebentar tadi.
 

Atlet pecut berusia 20 tahun itu meraih pingat emas dengan catatan 10.42 saat (s) sekali gus mengulangi pencapaian diraih Khairul Hafiz Jantan yang menjuarai edisi Terbuka Thailand dua tahun lalu.

Zulfiqar berjaya menewaskan dua pelari tuan rumah, Siripol Punpa dan Jirapong Meenapra yang masing-masing meraih pingat perak serta gangsa dalam kejohanan di laman sendiri.

Kejayaan Zulfiqar menyaksikan skuad olahraga negara menutup saingan hari pertama kejohanan itu dengan kutipan dua pingat emas selepas terdahulu dimenangi Abdul Rahman Lee dalam acara lempar cakera.

Pelari 400m wanita, Nurul Faizah Asma Mazlan berjaya meraih pingat perak manakala Choo Kang Ni menduduki tempat ketiga untuk acara lempar cakera wanita. - K! ONLINE

 

Sumber : KOSMO ONLINE

Alamat: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Takzim.

No. Tel: 07-8223027

 PENTING

 MAKLUMAN

TARIKH BARU SPM 

TARIKH    : 6 Jan - 9 Feb 2021

 

UPSR DAN PT3 DIBATALKAN