Pulau Pinang, 13 Mei - Satu kebanggaan buat warga SSTMI apabila Anugerah Ikon Guru Sukan Kebangsaan 2019 telah dimenangi oleh jurulatih olahraga Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail. Anugerah di sampaikan di Spice Convention Cente di sini semasa meraikan sambutan hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 yang turut menyaksikan Poad membawa pulang wang tunai RM 2000.

Mohd Poad adalah guru dari Chabau, Jasin, Melaka yang juga pemegang Ijazah Sarjana muda Pendidikan Jasmani Universiti Terbuka Malaysia telah banyak mengharumkan nama sekolah dan negara dalam sukan Olahraga. Beliau adalah watak utama dalam menempa kejayaan atlet pecut negara, Khairul Hafiz Jantan ketika memecahkan rekod pecut 100 meter kebangsaan. Beliau juga berjaya mencungkil bakat atlet-atlet muda olahraga pada tahun 2016-2018 seperti Badrul Hisham, Abdul Wafiy Roslan, dan Haiqal Hanafi.

 

 

Tahniah Coach!!