KUALA LUMPUR. 301 MAC : Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Grand Prix Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional  Bukit Jalil, menyaksikan pingat emas acara 100m lelaki di menangi oleh atlet pecut daripada indonesia. Beliau telah dicabar hebat pelari dari SSTMI iaitu saudara Zulfiqar yang berada di tempat kedua untuk pingat perak dengan catatan masa 10.44 saat, kurang 0.24 saat di belakang Lalu Muhammad Zohri

 

Seramai 10 orang atlet SSTMI yang menyertai kejohanan kali ini bagi mewakili pasukan Malaysia. Antara pencapaian lain yang diperolehi dalam acara 400m - atlet Wafiy Roslan berjaya mencatat masa 47.28 saat dan memenangi pingat gangsa 🥉.Syabas kepada semua.Teruskan berlatih dan kekalkan prestasi serta fokus kepada latihan. Khairul Hafiz Jantan tidak beraksi pada kejohanan kali ini dan mengundang rasa kecewa daripada musuh utama beliau, Lalu.

 

Tahniah diucapkan kepada Kem Olahraga SSTMI