Kuala Lumpur, 30 mac : Majlis Anugerah Ragbi Kebangsaan 2019 telah melabuhkan tirainya.Tahniah kepada Kesatuan Ragbi balaysia atas penganjuran majlis yang mengiktiraf pemain dan persatuan ragbi di Malaysia. Bekas pengetua SSBP dan SSTMI , En Wan Ibrahim bin Wan Chik atau lebih mesra dipanggil 'pak wan' telah dinobatkan anugerah khas pencapaian seumur hidup berdasarkan pencapaian dan sumbangan beliau dalam memajukan ragbi di Malaysia.

Turut menerima anugerah adalah bekas pemain SSTMI tsunami, Azwan Zuwairi yang merangkul  Anugerah Pemain Harapan 7s Antarabangsa manakala Zulkifli Azmi Pemenang Anugerah Pemain terbaik Keseluruhan 7s antarabangsa,  Amirul Mukminin pemenang anugerah pemain harapan 15s sebelah antarabangsa dan akhir sekali Karim Taikun pemenang anugerah pemain harapan 15s kebangsaan. 

Alhamdulillah juga pada Team Malaysia 7s Sea Game 2017 kerana mendapat anugerah khas bagi kategori Sukan Sea Pingat Emas 2017. Terima kasih pada semua yang terlibat dengan kejayaan pasukan. Kejayaan ini tidak datang tanpa sokongan semua penggiat ragbi tanah air dan juga peminat ragbi. Semoga tahun 2019 akan terus berjaya bagi pasukan untuk mengekalkan pingat emas. Sokongan dan bantuan semua amat2 diperlukan. insyaAllah kita boleh lakukan.