SHAH ALAM : Saudara Muhammad Ilham Bin Suhaimi yang merupakan atlet Olahraga SSTMI berjaya merangkul gelaran Anugerah Olahragawan Harapan di Anugerah Sukan Negeri Selangor 2018. Majlis disempurnakan oleh Tengku Indera Setia Selangor, tengku Ahmad Shah, yang mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sebuah Hotel di Seksyen 7 semalam.

"Kriteria pertama dari segi kepimpinan, kemudian sumbangan mereka dalam sukan terbabit dan kebolehan mereka dalam mengendali pelbagai sukan." kata En. Mohd Khairuddin Othman (EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan) ketika sidang media.

Ilham yang merupakan pelajar Pra-universiti SSTMI, cemerlang menyumbang 4 daripada 10 pingat emas Malaysia pada temasya Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN 2018. Beliau menerima trofi dan sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN), berjumlah RM5,000.

Sebagai makluman, seramai 81 atlet sudah dianugerahkan olahragawan dan olahragawati sepanjang ASNS diadakan bermula dari tahun 1975 sehingga tahun 2017. Ia adalah penganjuran kerajaan Negeri sebagai tanda penghargaan kepada pengiat-pengiat sukan yang mengharumkan negeri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Turut menerima Anugerah adalah Saudara Farhan Adam yang mewakili Sukan Sepak takraw merangkul gelaran olahragawan Selangor 2018. Semoga dengan kejayaan ini, menjadi pencetus semangat agar kekal memberikan komitmen terbaik dalam mengekalkan prestasi sepanjang karier sebagai atlet olahraga.