Skuad johor pada kejohanan ini berjaya memperoleh emas bagi acara merentas desa kategori lelaki 18 tahun.

   Emas dihadiahkan atlet kelahiran SSTMI iaitu Dinesh Varma A/l Selvam, turut menjadi kenangan manis buat beliau apabila berjaya mengekalkan emas yang dimenangi tahun lepas juga dalam kejohanan yang sama. 

   Emas yang diperoleh dicabar rapat dari rakan sepasukan Adik Amir Aminuddin dengan beza masa hanya 15 saat dibelakang Dinesh yang mencatat masa lebih pantas iaitu 30 minit 16 saat.

  Tahniah diucapkan pada kem olahraga Johor pada edisi 2019 yang berlangsung di Perlis , 7-10 mac lepas