Pingat gangsa diraih menerusi kategori BOYS GRADED-ROUND ROBIN yang dimenangi oleh Carl Zarfan Aisy Redzuan.

 

    Atlet muda tingkatan dua itu mendapat jumlah mata keseluruhan sebanyak 4413 jatuhan pin untuk menempatkan beliau ditangga yang ketiga, manakala tempat pertama dimenangi oleh Apichat yuthasax dengan jumlah mata keseluruhan sebanyak 4458.

 

   Kemenangan Carl menaikkan lagi semangat dan motivasi atlet Boling ten Pin SSTMI terus menempa kejayaan pada sirkit yang akan datang di Coral Crown , terengganu pada 4-7 April 2019.

 

  Tahniah kepada atlet boling SSTMI kerana telah berjaya meraih pingat gangsa pada kejohanan kali ini.