26 Januari - SSTMI menghantar 3 pasukan untuk bertanding dalam 2 kategori berasingan pada kejohanan Ragbi Arau GIR 7S yang berlangsung di padang UITM. Langkah kanan untuk kem Ragbi SSTMI apabila berjaya diangkat sebagai Johan untuk kategori 17 tahun dan 20 tahun.

 SSTMI A dan SSTMI B yang ditempatkan dalam kumpulan berbeza tiada masalah untuk mengungguli peringkat kumpulan dengan rekod tanpa kalah. Sedikit cabaran apabila SSTMI A dan B diundi bertemu dalam aksi suku akhir menyaksikan SSTMI A menang bergaya. Kemaaraan pasukan SSTMI tidak mampu dikekang lagi sehingga aksi final yang menyaksikan SSTMI dicabar English College.

  Perjalanan jauh dari selatan ke utara tanah air tidak sedikit pun melunturkan semangat semua atlet apabila SSTMI menang dalam 2 aksi final. Ini adalah perlawanan pembuka tirai bagi tahun 2020 dan jelas ia adalah petanda positif dalam mengekalkan pengaruh SSTMI dalam kancah ragbi nasional.