SSTMI- Program pembangunan sukan yang dirancang KPM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 12 hingga 15 september kelmarin. SSTMI dipilih menjadi tuan rumah dan turut menyediakan pasukan gerak kerja yang telah berjaya mengangkat program ini untuk menjadi tanda aras pengurusan kejohanan.

 Antara sukan yang dipertandingkan dalam program ini adalah bola jaring dan olahraga. Program ini juga berjaya mengumpulkan ratusan atlet dari seluruh negeri di Malaysia terutamanya sekolah-sekolah sukan negeri. 

 Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Sukan , Seni, dan Kokurikulum (BSSK), EN Zainal Abas pada 14 September. Beliau juga hadir menyaksikan perlawanan akhir Pila Liga Menteri Pendidikan Malaysia di antara SSN Kelantan dan JDT. 

Semoga SSTMI terus berjaya