Ho Chi Minh City, Vietnam - Bekas atlet bola sepak SSTMI, saudara Mukhairi Ajmal Mahadi menggalas tanggungjawab penting sebagi ketua pasukan bola sepak negara bawah 18 tahun ketika turun menentang Indonesia dalam aksi separuh akhir semalam.

Dalam pertembungan dua seteru utama itu, Malaysia menang dengan jaringan 4-3 dan membolehkan Malaysia layak beraksi di pentas Final bertemu Australia. Rekod pertemuan di peringkat kumpulan, Malaysia membelasah Australia, 3-0. Final akan berlangsung di Stadium Thong nat, 19 Ogos.

Antara kelahiran SSTMI yang beraksi di kejohanan ini termasuklah  Muhammad Riezman Irfan, Mohd Nasip, Firdaus Irman, Muhammad Faris Kamardin, dan Muhammad Aidil.