Bukit Jalil - Perlawanan akhir Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2019 menyaksikan dua pasukan dari SSTMI bertanding untuk merebut juara liga lelaki dan perempuan.

 SSTMI Thunderbolts berjaya melangkah ke final apabila mengalahkan Anderson Thunderbolts dengan agregrat 9-7. Mereka dijadualkan bertemu dengan AHP Thunderbolts di perlawanan akhir esok 8 malam.

 Sementara itu hoki perempuan dengan nama pasukan SSTMI PKS UNITEN dijangka bertemu dengan MBPJ Black Widow di perlawanan akhir esok 6 petang. Kedua dua pasukan ini telah bertemu di peringkat kumpulan liga menyaksikan perlawanan seri 1-1.