Bukit Jalil - SSTMI Thunderbolts menepati ramalan apabila menewaskan pasukan Anderson Thunderbolts 4-2 pada perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di stadium hoki negara Bukit Jalil.

 Gol sulung dijaringkan pada awal minit ke 19 oleh muhajir, diikuti dua lagi gol padang oleh amirul hafizan dan muhibuddin pada minit ke 19 dan 45. Walaupun Anderson cuba bangkit dengan menjaringkan 2 gol untuk mengejar tetapi semuanya sia sia apabila Sharman Mat tee melengkapkan kemenangan dengan menjaringkan pukulan sudut penalti pada minit ke 59 sekali gus meranapkan impian lawan.

 Mereka akan bertemu sekali lagi untuk separuh akhir kedua pada 1 Ogos ini. Mengikut rekod pertembungan di peringkat Liga , SSTMI masih lagi tidak pernah tewas.