Haikou City, China : Harry Danish yang merupakan wakil tungggal SSTMI dalam skuad bawah 15 tahun Malaysia bagi mengharungi kempen Kejuaraan CFA Under 15 International Tournament. 

 Seramai 22 pemain dipanggil oleh ketua jurulatih , P. Maniam adalah terdiri daripada akademi Mokhtar Dahari. Skuad b15 negara ini telah berjaya melakar kemenangan ke atas 2 kuasa besar asia iaitu Iran dan China sekali gus membawa gelaran juara kejohanan.

 Kejayaan ini menjadi pembakar semangat pemain untuk beraksi di kejuaraan bawah 15 AFF 2019 di Chonburi, Thailand. Malaysia di undi dalam kumpulan B bersama sama Australia, Brunei, Kemboja, Thailand, dan Laos.