SANDAKAN - Gimnas SSTMI telah menyertai kejohanan jemputan Kelab Gimnastik Sandakan Eagle  yang berlangsung pada 13 hingga 15 september semalam. Kejohanan yang julung kali dipertandingkan ini telah menghadiahkan 13 pingat secara keseluruhan kepada kem gimnastik SSTMI.

SSTMI- Program pembangunan sukan yang dirancang KPM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 12 hingga 15 september kelmarin. SSTMI dipilih menjadi tuan rumah dan turut menyediakan pasukan gerak kerja yang telah berjaya mengangkat program ini untuk menjadi tanda aras pengurusan kejohanan.

Thailand - Di kejohanan trek di Suphan Buri , atlet basikal SSTMI terus menyerlah dengan menyumbangkan beberapa pingat emas, perak, dan gangsa dalam Kejohanan Sekolah Sekolah Sukan Thailand. SSTMI turut mendapat anugerah pelumba terbaik bagi ketegori perempuan menerusi Aleeya Khairunnisa.

Ho Chi Minh City, Vietnam - Bekas atlet bola sepak SSTMI, saudara Mukhairi Ajmal Mahadi menggalas tanggungjawab penting sebagi ketua pasukan bola sepak negara bawah 18 tahun ketika turun menentang Indonesia dalam aksi separuh akhir semalam.

Berikut merupakan keputusan pasukan judo SSTMI di Kejohanan Sekolah Sekolah Sukan Thailand :