SSTMI, 15 MEI: Bersempena dengan bulan Ramadhan, program memasak bubur lambuk telah diadakan pada hari Rabu, 15 Mei 2019 anjuran Panitia Pendidikan Islam. Program tersebut dijalankan bagi mengeratkan lagi silaturahim antara staf-staf sekolah, para guru dan guru-guru jurulatih. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini turut disertai oleh beberapa orang atlet pelajar.