tempat tidur yang selesa, surau yang selesa berhawa dingin, tempat aktiviti air yang kondusif serta selamat, dan dewan tertutup untuk aktiviti indoor.

    Kem kali ini dipimpin oleh Penyelaras Unit Uniform SSTMI, Tn Hj Faris bin Jasma serta dibantu oleh beberapa orang guru lagi. Kem ini menampilkan kelainan apabila menggunakan khidmat pelajar pra-universiti dibawah kelolaan En Haimee bin mokhtar bagi melicikan perjalanan program. Selama 3 hari guru dan peserta berkampung di sini, pelbagai aktiviti yang dijalan seperti

 

  1. ice breaking
  2. senam petang
  3. ceramah agama
  4. aktiviti rempuh halangan
  5. senam pagi
  6. kawad kaki
  7. ikhtiar hidup
  8. malam kebudayaan

 

    Kem seperti ini wajar dijalankan setiap tahun kerana mampu meningkatan keyakinan diri para atlet dan membentuk atlet yang berjiwa besar. Seorang atlet juga sudah semestinya memerlukan tingkat disiplin yang tinggi untuk terus berjaya dimasa akan datang. Untuk perkemahan siri seterusnya pihak kokurikulum diharap mampu menarik lebih ramai atlet untuk terlibat sama.