21 Januari - SSTMI mengambil langkah proaktif dalam usaha membendung wabak penyakit berjangkit yang kian menular.

Melihat kes influenza , demam, dan selesema yang semakin meningkat, pihak sekolah telah menjalin kerjasama dengan Klinik Kesihatan Bandar Penawar untuk memberi penerangan kepada warga SSTMI.  Turut dijalankan adalah pemeriksaan gigi oleh doktor terhadap pelajar.

Program perkongsian ini menekankan aspek penjagaan kebersihan diri dan pencegahan penyakit. Aktiviti yang dijalankan seperti cara yang betul mencuci tangan dengan alat yang betul dan bagaimana menggunakan penapis 'mask' pernafasan dengan betul.