Johor Bharu- 2 wakil guru dari SSTMI telah menyertai Kursus Asas Kejurulatihan Pusat Kokurikulum yang di adakan di Kem Tasek Utara, Johor Bahru. En Mohamed Rizal bersama En Mohammad Faris menghadiri kursus tersebut selama 5 hari pada 18 hingga 22 Ogos bagi mempersiap jentera guru dalam melatih para pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

Dalam program yang dijalankan ini, En Rizal telah dianugerahkan peserta program Terbaik dan membawa pulang sijil beserta trofi anugerah. Penolong Kanan Kokurikulum SSTMI, En Zainuddin mengucapkan jutaan tahniah dan melahirkan rasa bangga beliau terhadap pencapaian guru. Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam Majlis Pertandingan Azam Usahawan Muda Zon ketiga Kota Tinggi di Hotel Amansari, Desaru.