SSTMI- Program Karnival Kokurikulum, Hari Kantin dan Koperasi peringkat sekolah telah berlangsung pada 23-24 Julai melibatkan semua pelajar sekolah rendah sehingga pra-Universiti. Pelbagai aktiviti dan pertandingan dijalankan mengikut rumah sukan dan unit uniform.

Antara aktivti menarik yang ditawarkan sepanjang karnival termasuklah acara road relay, gadjet, orienteering, bantu mula kecemasan, tarik tali, masterchefe-sport, pameran agensi berkenaan, gerai jualan dan seminar daripada Yakult.

  Polis, jabatan Narkotik dan Agensi Antidadah Kebangsaan adalah antara agensi luar yang dijemput khas untuk memeriahkan program. Program ini diharap dapat menerapkan nilai kerjasama antara pelajar di dalam unit uniform dan rumah sukan disamping menguatkan hubungan pelajar bersama guru.