Johor Bharu- 2 wakil guru dari SSTMI telah menyertai Kursus Asas Kejurulatihan Pusat Kokurikulum yang di adakan di Kem Tasek Utara, Johor Bahru. En Mohamed Rizal bersama En Mohammad Faris menghadiri kursus tersebut selama 5 hari pada 18 hingga 22 Ogos bagi mempersiap jentera guru dalam melatih para pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

SSTMI- Program Karnival Kokurikulum, Hari Kantin dan Koperasi peringkat sekolah telah berlangsung pada 23-24 Julai melibatkan semua pelajar sekolah rendah sehingga pra-Universiti. Pelbagai aktiviti dan pertandingan dijalankan mengikut rumah sukan dan unit uniform.

 

    Perkhemahan yang melibatkan 92 orang pelajar Tingkatan 1 hingga 3 akan diadakan dari 21 hingga 23 Februari di HiFive Holiday Village, Mawai Kota Tinggi.Ini adalah kali pertama unit kokurikulum melaksanakan perkemahan di tempat ini dan ternyata ia merupakan keputusan yang tepat. 

     Pelbagai kemudahan yang disediakan di pusat latihan bina diri ini menjanjikan suatu pengalaman manis yang tidak mungkin dilupakan oleh para peserta. Antara Kemudahan termasuklah

SSTMI, 15 MEI: Bersempena dengan bulan Ramadhan, program memasak bubur lambuk telah diadakan pada hari Rabu, 15 Mei 2019 anjuran Panitia Pendidikan Islam. Program tersebut dijalankan bagi mengeratkan lagi silaturahim antara staf-staf sekolah, para guru dan guru-guru jurulatih. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini turut disertai oleh beberapa orang atlet pelajar.