Bagi sesi pertama ini, fokus lebih diberikan untuk mengecat dinding bilik yang sudah kotor dan usang. Sebanyak 7 buah bilik yg dikenalpasti pada peringkat awal telah berjaya dicat sendiri oleh penghuni bilik. Semoga usaha ini mampu mendidik pelajar untuk lebih berdisiplin dan sentiasa menjaga kebersihan.

  Secara keseluruhannya, 4 blok telah terlibat iaitu C,D,E, dan F di mana setiap bilik telah dibekalkan dengan 1 unit penyapu, 1 unit mop, 1 unit penyapu sawang, 1 unit penyodok dan sabun lantai. Diharap pelajar dapat menjaga kebersihan dan keceriaan bilik dengan pemantauan yang minimum daripada guru mahupun warden.

Alamat: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Takzim.

No. Tel: 07-8223027