22 Januari - Pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail bersiap untuk pulang sempena cuti Tahun Baru Cina. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan bas balik ke negeri masing-masing.

Sebelum pulang, pihak asrama SSTMI telah memastikan pelajar meninggalkan bilik dengan keadaan yang baik dan bersih. Guru juga mengambil kedatangan semasa perhimpunan pagi yang diadakan di dataran D asrama untuk memastikan semua pelajar selamat.

Warga SSTMI mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua yang masyarakat cina.