DEWAN OLIMPIK SSTMI, 12 mac - Berlangsungnya pelancaran Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah yang dirasmikan oleh Penolong Kanan HEM iaitu En Jamil bin Mohd Saleh@Japri semasa membacakan perutusan daripada Pengarah AADK Johor tadi. Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pencegahan Jenayah dan Kadet Polis dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling bertujuan untuk memberi kesedaran kepada atlet atlet tentang betapa bahanya pengaruh dadah dalam kalangan remaja.

   Ikrar pelajar benci dadah turut dibacakan oleh wakil pelajar, saudara Akmal pada perhimpunan kali ini sebagai simbolik kesedaran bahaya najis dadah. Pelancaran diteruskan lagi dengan segmen perkongsian hati ke hati daripada Pembimbing Rakan Sebaya AADK Kota Tinggi yang disampaikan oleh En Ahmad Fuad bin Rosli. Beliau mengambil kesempatan untuk menceritakan dan berkongsi pengalaman hitam beliau semasa terjebak dengan najis dadah seawal di bangku persekolahan lagi.

   Perkongsian itu mendapat perhatian daripada guru jurulatih dan pelajar sendiri kerana ini merupakan pertama kalinya program seumpama ini dijalankan di SSTMI. Tidak melepaskan peluang, mereka turut bertanyakan soalan kepada En Fuad perkara berkaitan tentang dadah. Program tamat pada jam 9.30 pagi untuk memberi laluan kepada ujian segak.

pelajar tekun mendengar perkongsian daripada En Fuad (Wakil PRS AADK Kota Tinggi)

Pelajar turut berkesempatan bertanyakan soalan