SSTMI telah mengahantar guru yang bertanggungjawab iaitu En Mohd Faris bin Jasma bagi mengiring atlet. Antara bengkel yang dihadiri pelajar adalah Seni Silat Melayu, Gasing Tradisional, dan Tarian Zapin. Program seumpama ini dilihat mampu mencungkil bakat atlet bukan sahaja dari segi sukan tetapi juga memperkenalkan pelajar dengan budaya dan adat sesuatu kaum. selain itu, pelajar dapat merasai suasana pembelajaran di luar kelas yang berlainan ketika PdPc di dalam kelas rutin seterusnya mengaplikasi semangat Pendidikan Abad ke 21 yang di bawa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

   Semoga dengan usaha sama yang berterusan antara SSTMI dengan Desaru Coast mampu merancakkan lagi aktiviti Kumpulan Sokongan Ibubapa (KSIB) sekali gus menjadi wadah untuk merapatkan hubungan antara ibubapa, pelajar, agensi, sekolah, alumni dan komuniti sekeliling untuk merealisasikan anjakan ke 9 Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

 

 pelajar SSTMI bersama SK Sg Mas ketika sesi Zapin anjuran JKKN di Desaru Coast

sesi bergambar selepas bengkel Seni Silat daripada persatuan Silat Kota Tinggi