DESARU COAST: 20 Mac- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah mengadakan kerjasama dengan Desaru Coast Malaysia dengan mengadakan pertunjukkan dan juga beberapa bengkel untuk komuniti setempat. Hubungan luar sekolah dieratkan lagi apabila SSTMI menerima jemputan khas daripada Desaru Coast untuk menghantar 40 orang atlet bagi menghadiri beberapa bengkel yang dijalankan JKKN di sana.

PENGLIBATAN IBUBAPA DAN KOMUINITI

PIBK bermaksud Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti.

Kajian antarabangsa menunjukkan dengan jelas bahawa proses pembelajaran turut berlaku di luar sekolah, termasuk di rumah dan dalam komuniti.

Di Malaysia, kira-kira satu perempat daripada masa murid yang berumur antara 7 hingga 17 tahun dihabiskan di sekolah.Oleh itu, keutamaan kini adalah melakukan anjakan daripada sistem sekolah kepada sistem pembelajaran dengan melibatkan ibu bapa, komuniti dan masyarakat sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid.

Kajian antarabangsa juga membuktikan bahawa sekolah yang melibatkan sektor perniagaan, organisasi awam dan institusi pengajian tinggi mendapat manfaat termasuklah mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi dan ketidakhadiraan murid yang rendah. 

Pelibatan semua pihak berkepentingan ini akan mewujudkan ekosistem pembelajaran yang memperkukuhkan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai yang diajar kepada murid di sekolah.