SSTMI, 10 MEI : En Jasri selaku pemangku pengetua SSTMI hari ini meluangkan masa untuk melawat salah seorang atlet ragbi SSTMI yang baru sahaja kehilangan bapanya. Saudara Al Malik Fahd  bin Shaifullah juga merupakan pelajar tingkatan 4 pulang ke rumah semalam untuk menziarahi ibunya yang cedera akibat kemalangan.

Namun, beliau dikejutkan pula dengan kematian bapanya sejurus selepas kepulangannya. Dugaan yang cukup berat ini membuatkan warga SSTMI turut merasai kesedihan saudara Malik. Oleh yang demikian, Satu derma kilat telah dilancarkan oleh En Faris Jasma selaku guru kelas bagi meringankan beban keluarga mangsa di bulan ramadhan ini.

Sumbangan yang berjaya dikumpul sebanyak RM796.00 itu disampaikan oleh En Jasri yang turut ditemani isterinya, Pn Rozlina ketika lawatan ke rumah mangsa pagi tadi. Turut melawat mangsa adalah wakil dari kesatuan ragbi Malaysia yang bersama-sama memberi semangat kepada keluarga mangsa.