SSTMI: 21 MAC, pihak Sekolah telah mengadakan mesyuarat PIBG kali ke 17 yang berlangsung di Dewan Olimpik sebentar tadi. Mesyuarat telah dirasmikan oleh En Zayadi bin Hassan, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi yang turut berkesempatan menyampaikan anugerah pelajar cemerlang 2018.

 Seterusnya mesyuarat PIBG dipengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG, Dato Hj Ahmad bin Hj Burak selama kira-kira 2 jam berlangsung. Perjalanan mesyuarat adalah baik dengan setiap pihak diberi peluang untuk membentangkan dan menyuarakan pendapat masing-masing. Terdahulu, Pn Suhaila binti Ajib membaca minit mesyuarat yang lepas untuk disahkan oleh mereka yang hadir.

   En Haimee bin Mokhtar selaku bendahari PIBG pula membentangkan penyata Sumbangan dan Perbelanjaan yang berakhir 31 Disember 2018. Kemudian, pihak ibubapa dibenarkan mengemukakan sebarang pertanyaan sebelum penyata keewangan diminta untuk disahkan.

   Terdapat lebih 5 usul yang dibaca oleh pengerusi dan dijawab oleh mereka yang berkenaan termasuklah pemangku pengetua, En Jasri bin Md Isa. kebanyakkan isu yang dibangkitkan adalah tentang isu kebersihan dan kebajikan pelajar yang perlu dititikberatkan oleh pihak sekolah. terdapat juga usul ibubapa yang memohon respon segera daripda pihak warden untuk menangani isu buli dikalangan pelajar. Diakhir mesyuarat, Ibubapa dan guru juga tidak ketinggalan untuk mencabut undi bagi menerima hadiah ketika sesi cabutan bertuah.

   Kesimpulannya, mesyuarat kali ini disifatkan sebagai mesyuarat yang baik dan berjaya merapatlkan ukhwah antar guru dan ibubapa. semoga semua usul yang dibangkitkan dapat dijawab dan kemudian hadir dengan penyelesaian yang mampu memuaskan kesemua pihak.

barisan guru wanita yang hadir ke mesyuarat PIBG kali ke-17

Bendahari PIBG ketika sesi pembentangan penyata keewangan

Majlis turut menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang yang diwakili guru kelas

pencatat minit mesyuarat kali ini adalah Cik Zalikha dan Pn Nor Azean

pelajar mangsa rumah terbakar di kelantan turut menerima sumbangan daripada pihak PIBG

sesi cabutan bertuah