SSTMI - Pada 31 Disember 2019 telah berlangsungnya Mesyuarat PIBG Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail kali ke-18 yang telah dirasmikan oleh En Ramlan bin Abu Talib, Ketua Penolong Pengarah Unit Penyelarasan Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian, KPM. Mesyuarat dipengerusikan sementara oleh En Jasri bin Md Isa selaku Pengetua SSTMI untuk melantik YDP PIBG bagi tahun 2020 sehingga 2021

PIBG SSTMI diterajui dengan cemerlang oleh Dato Ahmad bin Burak untuk tempoh 7 tahun sehingga 2019. Pelbagai usaha dan penambahbaikan telah dicapai sepanjang beliau mengetuai Jawatankuasa PIBG SSTMI. Kini, beliau telah memberi laluan kepada pelantikan YDP terbaru iaitu Dato Suhaimi bin Khalid dengan undian majoriti semasa majlis pelantikan berlangsung. YDP terbaru akan dibantu oleh Tuan Shamsulharul.

Semoga PIBG SSTMI akan kekal sebagai satu ukhwah yang sentiasa berusaha secara tuntas untuk memastikan kelestarian sekolah diteruskan dan kebajikan pelajar terus menjadi keutamaan.