TAMAN MELAWATI, 10 MEI : En Jasri selaku pemangku pengetua SSTMI hari ini meluangkan masa untuk melawat salah seorang atlet ragbi SSTMI yang baru sahaja kehilangan bapanya. Saudara Al Malik Fahd  bin Shaifullah juga merupakan pelajar tingkatan 4 pulang ke rumah semalam untuk menziarahi ibunya yang cedera akibat kemalangan.

SSTMI: 21 MAC, pihak Sekolah telah mengadakan mesyuarat PIBG kali ke 17 yang berlangsung di Dewan Olimpik sebentar tadi. Mesyuarat telah dirasmikan oleh En Zayadi bin Hassan, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi yang turut berkesempatan menyampaikan anugerah pelajar cemerlang 2018.