SARANA SEKOLAH

Maksud Sarana: (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.

Sarana Sekolah merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta; MALAYSIA.

Hasrat
Hasrat dapat dicapai apabila pihak sekolah, ibu bapa serta ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat - membantu murid berjaya.

Peranan dan penglibatan ibu bapa memberi manfaat berikut:

  • Keyakinan guru meningkat.
  • Pencapaian murid meningkat.
  • Ibu Bapa berasa mereka sebahagian daripada sekolah dan lebih menyokong program sekolah.
  • Kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan.
  • Hubungan lebih baik antara petadbir, guru dan ibu bapa. 

Tujuan 

  • Meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka.
  • Meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.

Rakan Kongsi Sekolah

  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
  • Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).
  • Alumni serta ahli komuniti setempat.

Mahukah anda menjadi rakan kongsi sekolah?
Kecemerlangan anak-anak kita mungkin berpunca daripada anda  sebagai rakan kongsi sekolah. 

 

 

 

 

Subcategories

PENGLIBATAN IBUBAPA DAN KOMUINITI

PIBK bermaksud Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti.

Kajian antarabangsa menunjukkan dengan jelas bahawa proses pembelajaran turut berlaku di luar sekolah, termasuk di rumah dan dalam komuniti

Di Malaysia, kira-kira satu perempat daripada masa murid yang berumur antara 7 hingga 17 tahun dihabiskan di sekolah.Oleh itu, keutamaan kini adalah melakukan anjakan daripada sistem sekolah kepada sistem pembelajaran dengan melibatkan ibu bapa, komuniti dan masyarakat sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid.

Kajian antarabangsa juga membuktikan bahawa sekolah yang melibatkan sektor perniagaan, organisasi awam dan institusi pengajian tinggi mendapat manfaat termasuklah mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi dan ketidakhadiraan murid yang rendah. 

Pelibatan semua pihak berkepentingan ini akan mewujudkan ekosistem pembelajaran yang memperkukuhkan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai yang diajar kepada murid di sekolah.