BESUT, 16 APRIL - Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM), Besut, Terengganu telah menganjurkan Karnival Kreativiti & Inovasi PdPc Peringkat Kebangsaan 2019. Karnival yang disertai oleh kumpulan guru dan pelajar ini menyaksikan 4 kategori dipertandingkan termasuklah kategori teknologi pelajar sekolah menengah yang disertai oleh pasukan SSTMI.

SSTMI yang diwakili oleh 4 orang pelajar Biologi dan fizik iaitu saudara Akmal, Saudari Adreena, saudari Insyirah, saudari Aqilah telah memenangi pingat Emas dengan inovasi mereka yang bertajuk "Sel Bahan Api Mikroorganisma". Melalui kajian yang mereka jalankan hasil pemantauan guru mereka, En Mohd Najib Jaafar, mendapati tenega elektrik mampu dijana menggunakan pasir pantai. ini merupakan satu teknologi hijau yang wajar diketengahkan kerana mempunyai potensi besar untuk dibangunkan.

Kemenangan dalam Inovasi ini juga membuktikan bahawa pelajar Sekolah Sukan juga mampu untuk bersaing dengan sekolah-sekolah yang mempunyai prestasi akademik yang sangat cemerlang. Jika inovasi pelajar ini mampu dilaksanakan pada tahap maksimum , sektor tenaga mampu menghasilkan 444kW kuasa elektrik untuk pantai tanjung balau yang sepanjang 10 kilometer.

Karnival yang bertaraf kebangsaan ini untuk membangunkan pengetahuan pensyarah, guru, siswa pendidik serta pelajar - pelajar sekolah untuk berkongsi sumber dan kepakaran dalam kalangan warga IPG secara khususnya dan warga KPM amnya kearah merealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan.