DESARU - Pada 13 jun lepas berlangsungnya satu majlis perpisahan bagi menghargai jasa guru-guru yang akan berpindah dalam bulan ini. Majlis diadakan di Hotel Lotus , Desaru dihadiri semua guru dan jurulatih SSTMI sebaik sahaja tamat sesi persekolahan.

   Setiap Bidang mengambil peluang untuk menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada para guru berpindah sebagai tanda penghargaan. Guru yang akan berpindah termasuklah En Hairol Hashim, Cik Nor Azian dan Pn Rozlina Yacob. Ini merupakan satu kehilangan besar buat warga SSTMI kerana sumbang khidmat mereka terhadap kejayaan sekolah sukar di cari ganti. Untuk makluman, En Hairol merupakan bekas guru Pendidikan Moral , manakala Pn Rozlina dan Cik Nor Azian merupakan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris masing-masing.

  Namun yang demikian, En Hairol tidak dapat hadir bersama buat kali terakhir kerana telah memulakan tugasnya di sekolah baru.

  Akhir kata , kami mendoakan semoga cikgu gembira dan bahagia di sekolah baharu. Kami akan sentiasa mengingati cikgu. 

 
                      Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.