SSTMI - Alhamdulilah, SSTMI berjaya menjayakan program khatam Al-quran peringkat sekolah di surau umar al-khattab petang semalam. Selepas itu, tazkirah ramadhan disampaikan oleh Ustaz Zaharin bin Taha dari SMK Taman sri Saujana.

Program turut dihadiri bekas pengetua SSTMI yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Sukan. Beliau dijemput menyampaikan hadiah kepada imam dan bilal tarawikh, serta peserta tadarus sepanjang bulan ramadhan.

  Tidak dilupakan adalah pelajar pelajar yang kurang bernasib baik, SSTMI telah menganjurkan satu kutipan sumbangan untuk pelajar miskin dan anak yatim. Sumbangan disampaikan oleh En Suhaimi sebelum jamuan iftar bermula.