Saudari Arifatul Sofia binti Amirrahimin yang juga merupakan atlet olahraga SSTMI menjadi Pelajar Paling Cemerlang pada peperiksaan SPM tahun 2018. Wajah gembira jelas terpancar semasa mengambil slip keputusan di Dewan Olimpik SSTMI hari ini. 

   Beliau dinobatkan pelajar paling cemerlang semasa program Menggapai Bintang yang dirasmikan oleh Naib Yang dipertua PIBG SSTMI , Dr Hjh Jimisiah dengan memperoleh keputusan 5A 4B 1C 1D. Turut hadir semasa program tersebut adalah IPTA dan IPTS yang dijemput khas untuk mengadakan sesi taklimat khusus kepada pelajar lepasan SPM 2018 mahupun pelajar Pra Universiti amnya.

   Spm 2018 menyaksikan seramai 99 calon SSTMI menduduki peperiksaan. Peratus lulus dan juga GPS sekolah telah meningkat baik. SSTMI mencatat GPS 5.88 di mana lebih baik berbanding 2017. Tahniah diucapkan kepada para guru dan calon