SSTMI - Khidmatnya di sini hanya cuma 7 tahun sebelum perpindahannya ke Sekolah Sukan Terengganu pada hari ini , Isnin 11 Mac 2019. Baru Seminggu, SSTMI kehilangan Pengetua Cemerlang kerana berpindah sekali gus menjawat jawatan Timbalan pengarah Bahagian Sukan, Sekali lagi SSTMI kehilangan permata yang tidak ternilai. Kali ini dengan perpindahan guru yang berdedikasi, En Zulhusni.  

 Namun dalam tempoh yang tidak lama itu, Zulhusni bin Zulkefli yang merupakan bekas Ketua Panitia Sains meninggalkan banyak jasa kepada SSTMI.Ini diakui sendiri Penolong kanan Kokurikulum, En Zainuddin bin Kasman yang memberitahu, sejak beliau memulakan tugas pada 2011, Zulhusni melakukan banyak perubahan dan penambahbaikan dalam banyak perkara tidak kira dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

    Beliau berkata demikian semasa majlis perpisahan yang diadakan khas bagi merasaikan perpindahan En Zulhusni di Hotel Lotus, Desaru Pada majlis itu, Zulhusni turut menerima banyak cenderahati dari pelbagai pihak sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan beliau. Antara yang turut memberi sumbangan adalah wakil Bidang Sains dan Matematik iaitu En Ali Haidar.

  Menurut Ali Haidar, usaha Zulhusni dalam menghidupkan suasana dan budaya pembelajaran yang moden dan berteknologi wajar dijadikan contoh kepada guru lain. Katanya, “Beliau juga seorang yang mudah mesra dan senang didekati oleh kami"

“Ketiadaan beliau di sini sangat dirasakan dan kami berterima kasih kepadanya untuk jasa serta pengorbanan yang pernah dicurahkan selama ini,” katanya lagi.

  Semoga perpindahan En Zulhusni ke Sekolah Sukan Terengganu membawa seribu satu kebaikan kepada warga di sana. Apatah lagi dengan bakat, pengalaman dan kebolehan beliau yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sana.

"saya menganggap keputusan ini sebagai rezeki anak yang melimpah ruah, syukur Alhamdulilah". katanya yang juga bakal menimang cahaya mata pertama dalam masa terdekat. Kami warga SSTMI mengucapkan Tahniah dan semoga sukses selalu dalam apa jua perkara yang dilakukan. 

 

Terima Kasih Cikgu Zul