SSTMI - pada 20 September 2020 ,ahad telah berlangsungnya majlis graduasi pelajar prauniversiti SSTMI bertempat di Dewan Olimpik. 

Seramai 40 orang pelajar menerima sijil graduasi yang disampaikan oleh Encik Zainal Abas, Pengarah Bahagian Sukan KPM sambil disaksikan lebih 30 ibubapa yang hadir. Majlis kali ini dianggap berbeza dari sebelumnya kerana diadakan dalam suasana dan prosedur yang baru mengikut garis panduan daripada Majlis Keselamatan Negara. Semua Graduan dilihat begitu teruja dan gembira sebaik sahaja nama mereka diumumkan oleh Penolong Kanan Prauniversiti, En Haimee bin Mokhtar untuk naik ke pentas bagi menerima skrol.

Majlis juga dapat disaksikan secara langsung atas talian menggunakan facebook rasmi Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dan saluran youtube science lab production . Pelajar dan tetamu yang diundang namun tidak dapat hadir atas sebab tertentu sudah pastinya tidak ketinggalan untuk menyaksikan sendiri majlis ini.

Selain itu, majlis ini turut menerima kunjungan daripada Yang Dipertua Pibg Sekolah, Datuk Suhaimi bin Khalid dan Prof Madya Dr Zainal Abidin bin Zainuddin (Fakulti Sains Soial dan Kemanusiaan), Universiti Teknologi Malaysia.

Alamat: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Takzim.

No. Tel: 07-8223027