Program Bacaan Yasin Perdana SSTMI Sempena Bulan Kemerdekaan

 Pada hari Khamis 27 Ogos 2020 lalu, Kelab Keluarga SSTMI telah menganjurkan sebuah program yasinan perdana. Ia bersempena meraikan bulan kemerdekaan 2020 bermottokan Malaysia Prihatin. Program Yasinan Perdana ini melibatkan semua warga SSTMI yang terdiri dari pihak pengurusan, ahli jkuasa Kelab Keluarga, guru-guru, jurulatih, serta Ahli Kumpulan Pelaksana.   

Program kali ini juga julung-julung kali dibuat menerusi aplikasi Google Meet, bersesuaian dengan konsep penjarakan fizikal akibat wabak Covid-19. Seramai 120 warga SSTMI Malahan, para pelajar SSTMI juga turut serta dalam program ini dengan bersama-sama membaca yasin dari dalam bilik darjah. Lebih 400 atlet pelajar telah menyertainya. Pelajar-pelajar bukan Islam pula, berhimpun bersama En Simon Louis bagi program penghayatan kemerdekaan. 

    Program Yasinan ini dipimpin oleh al fadhil Ustaz Faisal bin Mustapha dan al Ustaz Adnan bin Che Abdul Hamid. Program yang bermula jam 8.00 pagi itu berakhir berakhir setengah jam kemudian. Kelab Keluarga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Pengetua dan barisan Penolong Kanan yang turut mengimarah majlis ini. Begitu juga kepada pihak Encik Azmi, Pengurus AG Cafe yang sudi menyediakan hidangan kepada semua.

Alamat: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Takzim.

No. Tel: 07-8223027