27-28 Jun 2020

Lawatan kerja En Zulkifli Nordin selaku Timbalan Pengarah Pembangunan Bakat Murid Bahagian Sukan,Kokurikulum dan Kesenian ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail bagi meninjau pelaksanaan prosedur garis panduan (SOP) kebiasaan baharu dalam pengoperasian semula sektor pendidikan di sini.

 

Sebelum ini pada 18 Mei SSTMI juga turut menyambut lawatan kerja Pengarah Bahagian Sukan,Kokurikulum dan Kesenian  iaitu Encik Zainal Abas bagi tujuan yang sama ketika warga kerja SSTMI sedang membuat rakaman video simulasi menerima kehadiran atlet pelajar untuk pengoperasian semula sekolah pada 24 Jun 2020. Dalam rangka lawatan 2 hari En Zulkifli Nordin di sini beliau juga sempat bersama pelajar semasa sesi ‘prep’pada waktu malam di Dewan Makan Olimpik SSTMI. Beliau secara keseluruhannya berpuas hati dan mengucapkan tahniah atas persiapan rapi SSTMI dan pelaksanaan SOP Norma Baharu sesi pengajaran dan pembelajaran yang perlu ditempuhi oleh atlet pelajar di sini. 

 

Alamat: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Takzim.

No. Tel: 07-8223027