Dapatkan aturcara majlis menggunakan di laman berikut 

- aturcara majlis

  Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari wakil pelajar Prauniversiti dan diikiti nyanyian lagu negaraku, bangsa Johor dan lagu Sekolah dengan penuh semangat oleh 800 orang tetamu yang hadir untuk menyaksikan majlis yang gilang gemilang ini.

  Kehadiran orang yang diraikan memang dinantikan para tetamu dan mendapat tepukan yang gemuruh, tambahan pula pakaian yang dikenakan beliau bersama isteri turut mendapat perhatian, bertepatan dengan tema "perkahwinan". Beliau sekeluarga mengenakan busana melayu lengkap bertanjak bagi lelaki dan berkurung bagi perempuan. 

  Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Pengetua dan tayangan montaj. Melalui tayangan ini dapatlah mengimbau kenangan lalu ketika Encik Oshman bertugas sebagai pembantu tadbir di Sekolah sukan Bandar Penawar sehingga nama sekolah dijenamakan semula menjadi SSTMI. Diakhir tayangan dapat dilihat ucapan dari warga SSTMI.