PENGERANG- Panitia Biologi telah menghantar 3 orang pelajar bagi mewakili SSTMI dalam Pertandingan Inovasi peringkat daerah Kota Tinggi. Majlis yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Tn Hj Mohamad Fadil bin Ishak

bertempat di dewan terbuka Sekolah Menengah Pengerang Utama. 

SSTMI dengan inovasi elektrik teknologi hijau telah berjaya membawa pulang pingat gangsa bagi

kategori sekolah menengah. Program seumpama ini diharap mampu menyemai minat pelajar terhadap dunia sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik dalam mengharungi zaman industri 4.0 yang menuntut pelajar lebih kreatif dan berinovasi.