Rabu. 8 Julai 2020 : Sempena lawatan kerja Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Penyelarasan dan Pengoperasian Dasar Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian KPM iaitu Encik Suhaimi Sun Abdullah telah diaturkan satu Majlis Sambutan Persaraan khas buat beliau.

Atas inisiatif dan idea Encik Jasri Md Isa, Pengetua SSTMI telah diadakan majlis penuh sederhana tapi bermakna melibatkan semua warga kerja SSTMI di Dewan Olimpik mengikut garis panduan normal baharu majlis di sekolah. Dalam amanat Encik Suhaimi Sun Abdullah kepada warga SSTMI turut berkongsi pengalaman pahit manis sepanjang tempoh tahun 2014-2019 beliau pernah bertugas di sini selaku Pengetua dan juga pernah menjawat Pengetua Cemerlang.

Beliau juga katanya akan terus bekerja dalam bidang pendidikan dan sukan yang sememangnya menjadi bidang yang menjadi kecenderungan utama bagi beliau. Encik Suhaimi juga kemudiannya diraikan dalam majlis makan tengahari di Hotel Lotus Desaru. Beliau akan bersara wajib dalam perkhidmatan pendidikan pada tanggal 14 Julai ini. Selamat bersara Encik Suhaimi Sun Abdullah. 

Alamat: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Takzim.

No. Tel: 07-8223027